iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Selasa, 30 April 2013

SMK Maokil Mengekalkan kejaguhan bagi Tahun ke 3 Kategori R4

Salam 1 M'sia

Alhamdulillah, bagi tahun yang ke tiga berturut2 SMK Maokil masih lagi dapat mengekalkan kejaguhan dalam acara R4 - Kategori Roket Air Terbuka/Inovasi

Tahniah cg ucapkan kepada 2 orang pelajar yang masih dapat mengharumkan nama SMK Maokil di peringkat negeri iaitu:
1. Saudara Mohd Aizrul Izzral Bin Alias
2. Saudara Nadzmi Bin Abdul Rahman

From PTPR 2013 Negeri Johor Di KRAMSAU


walaupun tidak bernasib baik dalam pertandingan kategori R1 -pembentangan, R2- sasaran dan R3 - payung terjun tetapi keputusan bagi setiap satu kategori tersebut juga tidak menghampakan...
Keputusan bagi kategori R1, mereka mendapat tempat ke 8, bagi kategori R2- juga mendapat tempat ke 8 dan bagi kategori R3, nasib tidak menyebelahi mereka kerana catatan masa bagi roket payung terjun berjaya di pintas dalam pusingan ke 2 oleh SM Sains Kota Tinggi dan akhirnya mereka hanya berjaya menduduki tempat ke 4 shj....

Apapun cg ucapkan tahniah dan syabas...khas buat pelajar2 yang akan menyertai pertandingan pada tahun hadapan (jika berpeluang), sila lipat gandakan usaha anda bagi mencapai sasaran layak ke pertandingan PTPR kebangsaan di UM..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini