iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/4/2014 harga pelancar akan dinaikkan kepada RM300 bagi menampung kenaikkan kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2014 dibuka sekarang....

Ahad, 31 Januari 2016

Tempahan pelancar roket air dan cd powerpoint slide show.

As Salam dan Salam 1 Malaysia

Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows bagi tahun 2016 masih boleh dibuat sehingga stok pelantar kayu yang sedia ada habis. Selepas itu tempahan pelancar ditutup.    

Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum

azmi j
013/7394353 (whatsapps/telegram) / 0109834353 (sms/call)

Khamis, 13 Ogos 2015

Pertandingan PTPR Air Peringkat Negeri Johor 2015

Tahniah dan syabas di ucapkn kepada peserta2 pertandingan roket air PTPR 2015. yang belangsung pd 11-13 ogos 2015. Semoga dapat menghasilkam roket air yang terbaik untuk dilancarkan..

Ahad, 9 Ogos 2015

Sorotan Lensa Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air Negeri Terengganu 2015

Ni gambar yang sempat dirakamkan semasa pertandingan

Bahagian 1


Bahagian 2

SMK Tg Ibrahim ke2 terbaik Roket Payung Terjun Negeri Terengganu

Tahniah...

Adik MUHAMMAD HAZIQ BIN ZAINUDIN dan Adik MUHAMMAD KHUZAIRI BIN RAHMAT daripada tingkatan 2 SMK Tg Ibrahim kerana berjaya mengharumkan nama SMK Tg Ibrahim di peringkat Negeri Terengganu.

walaupun matlamat asal hanyalah untuk tahun pendedahan tapi anda berdua dapat lakukan dengan baik untuk mengharumkan nama sekolah. Teruskan usaha untuk tahun2 akan datang. 

Tahniah daripada cikgu dan semua warga sekolah.




catatan lensa kejayaan smk tg ibrahim

Ahad, 2 Ogos 2015

Tahniah...

As salam dan salam 1 msia

Alhamdulillah..walaupun dah meninggalkan johor dan dapat kembali bertugas di negeri kelahiran terengganu...tp rakan2 di johor tetap dlm ingatan.

Sekalung tahniah juga di ucapkan kepada anak2 didik di smk tg ibrahim kerana berjaya melayakkan diri ke pertandingan roket air karnival sains dan teknologi 2015 yang akan berlangsung di SMK Sawa, Marang pada 6-8 Ogos 2015 nanti.
2 kategori pertandingan yang akan berlangsung nanti iaitu roket sasaran terbaik dan roket payung terjun terbaik.

Walaupun ini merupakan penyertaan pelajar yang pertama kali Cikgu percaya anda dapat lakukan yang terbaik untuk mengembangkan lagi permainan ini disekolah nanti.

Buat sehabis baik...anda pasti berjaya...jumpo di Marang trg nanti...

Selasa, 16 Jun 2015

Pertandingan Roket Air Daerah Segamat 2015

Selamat bertanding diucapkan kepada peserta2 roket air daerah Segamat pada hari ini 15 jun 2015. Kepada wakil SMK Maokil...cg doakan anda semua akan meneruskan kecemerlangan dan kejayaan anda diperingkat daerah Segamat seperti sebelum ini.

Isnin, 30 Mac 2015

Sayonara SMK Maokil......

Untuk makluman semua  saya telah berpindah ke Terengganu bermula pada 22/Mac/2015... buat sementara waktu pelancar roket air dihentikan penjualan sehinggalah keadaan saya dah stabil...walau bagaimanapun tempahan masih diterima bagi mereka2 yang berminat. Sila sms/whatsaps ke no 0137394353 utk mempercepatkan sebarang urusan.


tq...

Cg Azmi J
30 Mac 2015

Khamis, 8 Januari 2015

Makluman : PBS Band 5

Salam 1 Msia 

Untuk pengetahuan guru2 dan pelajar2 salah satu kaedah untuk mencapai band 5 dalam penilaian PBS Sains Tingkatan 3 Tema I ; Astronomi dan Penerokaan Angkasa Lepas iaitu - mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk membuktikan hubungan antara tekanan dan jarak pelancaran roket mengikut prosedur yang betul dan bersistematik ialah melalui Pelancaran Roket Air. 

Pada entri cikgu yang akan datang cikgu cuba menyiapan prosedur dan langkah2 yang boleh diikuti oleh pelajar2 bagi mencapai band 5 tersebut. Tunggu entri cikgu yang seterusnya.....

Bagi guru2 yang tercari2 alat untuk pelancaran roket air pada harga yang berpatutan dan mudah untuk dikendalikan boleh terokai blog ini untuk mendapatkan alat pelancaran tersebut.

tunggu ya.....

TAHUN 2015

Selamat kembali Ke Sekolah.......

Kelab Roket H20 SMK Maokil masih lagi menerima tempahan pelancar Roket Air. Sila SMS/whatsapps ke no 0137394353.

Semoga tah 2015 menghadirkan lebih kejayaan kepada Kelab Roket H2O.


Rabu, 26 November 2014

Tempahan Pelancar Roket Air

As Salam dan Salam 1 Malaysia

Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows bagi tahun 2015 masih boleh dibuat sehingga stok pelantar kayu yang sedia ada habis. Selepas itu tempahan pelancar ditutup.    

Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum

azmi j
013/7394353 / 0109834353

Isnin, 18 Ogos 2014

Sorotan Lensa Kejayaan 2014


gambar pemenang semua kategori yang dipertandingkan
PTPR Negeri Johor 2014

Barisan Guru Penasihat PTPR 2014




Ahad, 17 Ogos 2014

Lensa Kejayaan SMK Maokil di PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT kerana memberikan kesempatan kepada Pasukan Roket Air SMK Maokil 2014 untuk berjaya mendapat Johan Roket Air Sasaran (R2) dan Johan Roket Air Inovasi (R4) sempena pertandingan PTPR 2014 di Politeknik Mersing pada 11- 13 Ogos 2014.
Tahniah kepada peserta
1. Mohd Hisyamudin bin Sufa'at
2. Saharzikri Bin Samsul
di atas kejayaan yang dicapai....





PTPR Negeri Johor 2014

Alhamdulillah berakhir sudah pertandingan PTPR negeri johor yang telah berlangsung di Politeknik Mersing pada 11 - 13 Ogos 2014 yang lalu. Pasukan SMK Maokil masih lagi diberikan kesempatan untuk mewakili daerah Segamat ke pertandingan tersebut dan ini merupakan tahun ke tiga berturut-turut pasukan SMK Maokil berjaya ke pertandingan PTPR Negeri Johor.

Pada tahun ini format pertandingan PTPR telah berubah sedikit dimana mata bagi semua kategori pertandingan diambil kira bagi menentukan Johan keseluruhan. Perubahan ini adalah mengikut format pertandingan Peringkat kebangsaan yang akan berlangsung nanti pada bulan september di UM yang dianjurkan oleh ANGKASA dan UM.

Mata keseluruhan adalah ditentukan berdasarkan Kategori:

R1-pembentangan teori roket dalam bahasa inggeris (20%)
R2-roket sasaran (60%)
R3-roket payung terjun (10%)
R4-roket terbuka/Inovasi (10%)

Bagi Kategori Roket Sasaran Perubahan yang agak besar telah dilakukan dimana terdapat pusingan awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir dijalankan.
Perlawanan yang sengit telah berlaku bagi kategori R2 ini pada edisi PTPR 2014 dimana pada pusingan awal sebanyak 13 pasukan daripada 19 pasukan telah berjaya mensasarkan bulatan sasaran yang jaraknya 73m dari tapak pelancaran. Pada pusingan seterusnya, jarak sasaran telah dikurangkan kepada 70m dan sebanyak 8 pasukan terbaik dipilih untuk memasuki pusingan akhir yang jarak sasaran dinaikkan kepada 75m.

Tahniah cikgu ucapkan kepada pasukan SMK Maokil kerana berjaya menjadi Johan bagi kategori Roket Sasaran setelah berjaya mengenepikan 8 pasukan terbaik yang lain. Walaubagimana pun agak malang bagi kategori Roket Payung Terjun kerana payung terjun gagal untuk kembang pada kedua-dua percubaan.

Bagi Kategori Roket terbuka/inovasi pasukan SMK Maokil masih lagi mengekalkan kejaguhan di peringkat Negeri bagi tahun yang ke tiga berturut-turut dengan menggondol Johan Kategori Inovasi. Syabas &Tahniah cikgu ucapkan kepada pasukan SMK Maokil.

Keputusan Penuh PTPR 2014.
Johan keseluruhan : SM Sains Muar 2
Tempat ke dua keseluruhan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke tiga keseluruhan : SMK Dato Onn, Batu Pahat

Keputusan Kategori Pembentangan Teori Roket (R1)
Johan : SM Sains Muar 1, Muar
Tempat ke dua : SM Sains Muar 2, Muar
Tempat ke tiga : SM Sains Sembrong, Kluang

Keputusan Roket Sasaran (R2)
Johan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke dua : SM Sains Muar 2 , Muar
Tempat ke tiga : SMK Dato Onn, Batu pahat

Keputusan Roket Payung Terjun (R3)
Johan : SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
Tempat ke dua : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing
Tempat ke tiga : SMK Dato Hj Hassan Yunus, Kluang

Keputusan Roket Terbuka/Inovasi (R4)
Johan : SMK Maokil, Segamat
Tempat ke dua : SMK Pasir Gudang, Pasir Gudang
Tempat ke tiga : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing

sekali lagi tahniah kepada pemenang. Doa kami semua semoga pasukan SM Sains Muar dapat mengharumkan nama Johor semasa pertandingan Kebangsaan nanti 'Good Luck' dan selamat bertanding.

Selasa, 1 Julai 2014

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket FST Negeri Johor 2014

Tahniah kepada peserta2 pertandingan roket air sempena FST Negeri johor yang telah berlangsung di SMK Tinggi Batu Pahat pada 24 hingga 26 Jun 2014.

Konsep pertandingan negeri pada tahun ini ialah semua roket (1 roket sasaran dan 1 roket payung terjun) dibina oleh pelajar ditempat pertandingan pada hari pertama dengan bahan2 disediakan oleh pihak sekolah/daerah masing2 mengikut senarai yang dibekalkan. Pertandingan akan dijalankan pada hari kedua melibatkan 2 kategori iaitu roket sasaran dan roket payung terjun sahaja.

Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut

Kategori Roket Sasaran
Johan : Daerah Kulai
Tempat ke 2 : Daerah Muar
Tempat ke 3 : Daerah Batu Pahat

Kategori Roket Payung Terjun
Johan : Daerah Segamat (SMK LKTP Maokil)
Tempat ke 2 : Daerah Kulai
Tempat ke 3 : Daerah Pasir Gudang

Johan Keseluruhan Roket Air FST Negeri Johor 2014
Daerah Kulai

Maaf cg tak ingat nama sekolah bagi setiap daerah.....cuma yang cg tahu bagi daerah segamat je... :)
Apa pun tahniah kepada semua pemenang. Yang tak berjaya cuba lagi...

Rakaman gambar-gambar semasa pertandingan

Sabtu, 21 Jun 2014

Pertandingan Roket Air Festival Sains dan Teknoloogi Daerah Segamat 2014

Alhamdulillah...pada tahun ini peserta SMK Maokil dapat sekali lagi mengekalkan kejuaraan di peringkat daerah. Tahniah cikgu ucapkan kepada 2 Bestari orang pelajar tingkatan 2 iaitu wan nazri bin wan esa dan Muhammad faiq bin Mohd Fazli. Anda berdua memang HEBAT..... setiap penat lelah anda berdua berlatih setiap petang membuahkan hasil...sekali lagi tahniah dan terima kasih cikgu ucapkan kepada anda berdua.

Keputusan Roket Sasaran:
1. SMK Seri Kenangan
2. SMK LKTP Maokil
3. SMK Seri Bali (x masuk bulatan - paling hampir dgn pusat bulatan)

Keputusan Roket Payung Terjun
1. SMK LKTP Maokil
2. SM Tinggi Segamat
3. SMK Seri Kenangan

Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket 2014 Daerah Segamat
SMK LKTP Maokil

Bersedia untuk pertandingan FST Negeri di Batu Pahat nanti pada 24-26 Jun 2014

Selasa, 18 Mac 2014

Tempahan Pelancar

Salam 1 Msia

Saya akan bercuti selama seminggu bermula pada hari khamis(20/3) sehinggalah jumaat (28/3) di terengganu. Tempahan pelancar dan CD Power Point Slide Shows masih boleh dibuat walaubagaimanapun penghantaran akan dilakukan selepas 28/3 nanti. Sebarang tempahan boleh melalui HP saya seperti di bawah. Harap maklum

azmi j
013/7394353 / 0109834353

Fish